Tuesday, August 2, 2011

*~~Ceritera Erin~~*: Berhenti menganga la wahai unwanted attention seek...

masih lg dlm mood memuji orang. tapi ini lebih kepada menghargai orang yang berhati mulia. yang busuk hati dengki tu. sorila.anda golongan minoriti n xpenting pun. ngee~





Apek & Aimie Harmelia~
(Kisah cinta meraka sangat menarik, ibarat cinta Mawi dan Ekin.)

Seperti yang kita maklum, bahawa Apek atau Khairul Fahmi Che Mat dan Aimie Harmelia ialah sepasangan kekasih yang bercinta. Meraka bercinta ketika Apek masih belum lagi dikenali ramai. Dahulunya,hubungan mereka biasa sahaja, tiada siapa pun yang peduli akan hubungan mereka berdua.Namun kini, setelah Apek mendapat jolokan Penjaga gol nombor satu negara, hubungan mereka seolah-olah tidak direstui sesetengah peminat kaum wanita. Sehinggakan ada yang terang-terangan memaki hamun teman wanita Apek.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana itu adalah hak meraka untuk bercinta. Dan yang paling memalukan,bila ada artis wanita yang muka tak malu, secara berani di FB terhegah-hegah meminta Apek untuk menghubunginya. Dan mujurlah Aimie tidak cepat melatah dan dia pernah memberitahu bahawa dia lebih tahu dan mengenali hati budi Fahmi.

Kepada para peminat wanita diluar sana, tidak salah untuk anda meminati Apek, namun janganlah sampai anda memalukan kaum anda sendiri dan waraslah dengan fakulti akal yang anda diperolehi itu. Minat pada bola, minat pada individu, tidak semestinya hadir dengan perasaan cinta, ia boleh disemai dengan rasa minat atau rasa sayang. Jika hati Apek sudah pun dimiliki, usahlah menyimpan rasa cinta pada batang tubuhnya lagi, cukuplah rasa cinta dan sayang pada anugerah bakatnya itu yang dianugerahkan oleh yang maha ESA itu.

Sama-samalah kita berdoa semoga merpati sejoli ini akan bersama-sama sehingga ke akhir hayat dan MGDC berimpian untuk "Melukis Gambar Apek & Aimie Harmelia Dengan Cahaya Di Atas Pelamin Mereka"
amin..

p/s: sgt menghargai org yang sentiasa menyokong pasangan ini dan keluarga kami berdua (KFCM & AH). shania 88. terimakasih kerana melajukan pergerakan iklan n side income ku. meroyan pal hot ko. ngumpat2 pun aku yg dpt duit. ko? non ado~~



pssst--->huhuhu sekarang ape sudah jd? moga bahagia ye masing-masing...:-)

Credit to Aimie Hazerin dr gilergambar blog

No comments:

Post a Comment