Harap-harap dengan penerangan terhadap 10 isu berbangkit yang telah dianjurkan oleh pihak portal 
MURAI akan  berjaya menepis segala tohmahan terhadap kedua-dua belah pihak. Baca,  nilai sendiri dan cubalah bersangka baik lagi-lagi kita di bulan  Ramadhan ini.  
 1. Keputusan Nekad Putus Tunang
1. Keputusan Nekad Putus Tunang
“Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan  Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri  sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada  menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.
Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu  atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau  dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.
Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang  berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih  rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung  hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat  Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung  atau tidak.
2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga
Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada  kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama  Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun  hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia  adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat  dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.
Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang  tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut  perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan  saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami  berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang.  Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini.  Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang  diri saya terutama sekali pihak media.”
3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan
“Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan,  saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh  tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak  sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan  rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila  saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat  bersama keluarga di Kelantan.
Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya  hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak  kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu  wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai  penjaga gol kebangsaan.
Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain  selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan  saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua  saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat  lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak  keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas  pergaulan lelaki dan perempuan.
4. Isu facebook
Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini  facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya  tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun  saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun  dihacked.
Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu  mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini,  saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah,  bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun  facebook saya yang baru.
5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia
Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia.  Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan  latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar.  Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum  saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011),  saya memang ada menelefonnya.
6. Campurtangan Pihak Keluarga
Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita  perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh  pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai  lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.
Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan  campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang  saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya  hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat  tentang saya.
7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia
Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah  membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau  pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut  baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada  Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta  lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak  saya bukan saya.
8. Sudah Lupa Diri
Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan.  Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta  maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih  lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak  sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu  benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.
Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang  yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang  diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini  dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua  orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh  mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.
9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan
Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya  peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua.  Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya  laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu,  media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang  cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga  saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.
10. Memohon Maaf
Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi  terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak  akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini  datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang  saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya  mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan  kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan  terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.
Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih  fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi  kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada  pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan  kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda  semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin  jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf  kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.
For me, cerite buruk walau betul atau tidak tak patut dihebah dalam FB tempoh hari... Apek boleh saman 
Defamation tu! Ape pun Semoga Apek berjaya dalam karier bola sepak...saya sokong kamu, TRW dan Harimau Malaysia!!! All the Best Apek.